sa-hari d' Imigresen M'sia


jam 4 pagi baru ku dapat melelapkan mata. dapat tidur hanya dua jam. selepas itu ku bersiap siap mahu ke jabatan imigresen di Putrajaya. berjaya bertolak dari [rumah-ku syurga-ku] jam 9 pagi. biasa-lah area cheras. mana-lah tidak sesak. lagipun hari ini "BANYAK" road-block. kerajaan takut rakyat ber-piket di hadapan parlimen. oleh itu, dengan kepandaian kerajaan Malaysia, PDRM telah di-gesa oleh pihak atasan untok membuat road-block di setiap jalan menuju ke parlimen. wow! sungguh bijak! power~lah. sengal sungguh. time ku nak buat passport-lah jadi macam macam. nak kena nih!

rewind!!

bertolak jam 9am. tiba di Putrajaya tepat 9.30am[setelah lega melalui satu road-block oleh tok polis di persint 2 O.O] menchari parking, jalan kaki ke jabatan, naik escalator turun escalator, last last ber-tanya kepada seorang pegawai.
"en. kat sini nak buat passport level berapa?" kata ayah.
"ehh dekat sini hanya boleh buat untok mereka yang kehilangan atau blacklisted je, en." kata pak ciq ber-kot hitam.
"Ya Allah, apa ke bodoh-nya, kat HQ xde counter nak buat passport 1st timer?! bangang ke bahlol?!" ku ber-monolog dalam hati.
Akhirnya, kami berjalan semula ke tempat parkir. Drive keluar daripada Putrajaya, menuju ke Damansara.
" menghabis-kan beras je. grrrrr" kata ku lg.
pandu punya pandu
tiba jua di Damansara jam 10 lebih. tempat parking pula susah dichari. orang ramai macam semut! tapi tidak mengapa. it's a free country what?! h a h a h a
turun punya turun jumpa parking [lower level 4].
perlu naik tangga ke surface [lift tidak disediakan]. gila miskin...aduhaiii apa-lah nasib kami :(
on the way ke pintu masuk jabatan Imigresen Malaysia
ramai pula yang promote mesin photostat + gambar instant. sudah jadi seperti pasar borong selayang. hati terhibur melihat gelagat manusia yang ber-macam macam. naik escalator lagi. tiba di aras 2. terus ke kaunter 1 mengambil nombor giliran. "1150, kaunter 12"setelah 1/2 jam ku menunggu. usai sesi penyerahan borang ke pegawai. menunggu girilan untok membuat pembayaran pula..."dua jam dari sekarang, sila ke kaunter 35 untok mengambil passport" kata nazril cashier. Ayah dan ku turun ber-shopping di Giant, makan sambil ber-bincang tentang masalah negara dan kembali semula ke aras 2. tunggu punya tunggu akhirnya ku lihat sebuah buku kecil berwarna merah siap sedia ditangan pegawai :) hati-ku berbunga riang
"yay! yay! dah siap. boleh balik! jam ditangan menunjukkan pukul 2.30 ptg. Alhamdulillah selesai. hanya satu pesan-ku agar kalian sabar menanti passport di-proses. bawa-lah jajan dan buku sebagai teman. sekian

Comments