bukan kerja enteng


takde benda yang mudah dalam hidup ni
nak something kena-lah usaha bukan?
orait,
nak dijadikan cherita...

........................................

"eh syimah ko kat ne skrg?"
"amik course apa ek?"
"hah, best-nya!"
"so ko nak jadi chef-lah ni?"
"bila nak masak untok aq?"




















.......................................

dialog biasa yang akan terkeluar dari mulut
rakan taulan mahupun sesiapa
yang bertanya perkembangan hidup aq
setelah 2 tahun merdeka dari dunia persekolahan
tidakkk....
aq tidak mengeluh mahupun menyesal
memilih kerjaya sebagai seorang chef
tapi hakikat-nya
ramai yang menyangka
menjadi pelajar jurusan seni kulinari
tidak seteruk jurusan lain
seperti kejuruteraan jua medic
tapi...
hakikat yang sebenar?

.....................................

baik!
luangkan seminit waktu berharga kalian
bayang-kan diri anda sebagai aq
anda berada dalam "hot kitchen"
pernah terfikir mengapa ia di panggil begitu?
sebab ia benar2 panas!
pengsan di dalam dapur kerana kekurangan oksigen
yang sampai ke otak adalah perkara biasa bagi kami

........................................

tak cukup dengan itu
anda tiada masa untuk berehat
waktu bekerja paling minimun
8 jam dan ke-atas
anda perlu berdiri dan berjalan senantiasa
sampai suatu ketika
lutut terasa longgar,
tapak kaki terasa bengkak
tapi...kerja perlu disiap-kan
keselamatan diri jua dalam bahaya,
anda berkerja dengan alatan tajam,
mesin yang berkuasa
kadang2 kejadian yang tidak diingini terjadi jua
sudah terlalu banyak darah yang tumpah
di lantai dapur...

...........................

berita sebegini tidak pernah terpampang di dada akbar
kerana mahu menjaga nama baik sesebuah hotel
mangsa hanya diberi wang pampasan
tetapi adakah dgn wang itu
anggota badan yang sudah hilang dapat diganti?
anda perlu pantas bertindak
dan menyelesaikan masalah,
perlu ada "common sense" yang baik, berdikari
pendek kata
melakukan tugas sebagai seorang chef bukan-lah mudah

...................................

tiada masa untuk bersuka2
dalam seminggu hanya sehari cuti di beri
ya, sehari!
dan hari-nya tidak tetap...
waktu insan lain bergembira bersama keluarga
pada cuti umum
kami bekerja 24/7 di sebalik tabir
raya disambut bersama teman2
di dapur
dapur itu dunia kami

..................................

apa kata anda?
kerjaya chef
tidak-lah se-glamour sangkaan umum
nak kata stress
hidup kami lebih sebati dengan perkataan itu
maki hamun yang dilemparkan
daripada pihak atasan jua customer
adalah makanan ruji kami
jika tak tahan dimaki
anda boleh berhenti
jangan jadi chef-lah!
hakikat-nya
hati perlu belajar bersabar,
ilmu perlu penuh di-dada,
minimum-kan kesalahan
maximum-kan quality makanan
fikir sekali lagi
jika anda anggap kerjaya ini
kerja enteng!

Comments

Post a Comment