bila baca balik....

(ex-ketua & penolong pengawas)


selalu naik bas
sudah berani naik monorail pulak
lawak2~
tiba di times square
jam 11 lebey
menunggu ketibaan
yang berhormat cik puan muda A'dilah
buddy dari darjah satu!
reunion sulung warga pudu
kire excited gak-lah

(anak en shabery)


sesampai je
kelihatan raut wajah a'dilah
yang terlalu teruja
dan seperti yang di-jangka
h a h a
semua lg TINGGI dari aq
gile tinggi
aq je yang maintain :)
anyway kitorg borak2
gelak2 tak hengat dunia
kat food court level 10
klu dengar suara mengilai tu
aq punya angkara-lah


(pui mun & pui yee)


tak lama lepas tu
cheong pui mun sampai
wah wah wah
isu cadangan uitm bukak 10% kpd bukan bumiputra
menjadi topik bualan hangat~
ntah...
in away aq kesian kat mmbr chinese n indian
diorang pandai
tapi peluang tak diberi sama rata
it's not fair for them-lah
diorg rakyat Malaysia gak
*sigh*
perbincangan mati di-situ


(a'dilah & yee ling)




(6th formers)

pabila member 6th formers tiba
yee ling, daavitha, nuriyah, siva, pui yee, kalaivaani
bergegar satu level
dgn jeritan maha kuat
kata dah 7 tahun tak jumpa
diorg kata aq still sama
ye ke?
yang pasti...
mulut semua dah takde insurans
boleh tahan :p
yee ling bawak photo album
aq bawak buku pengawas
masa jadi penolong ketua dulu
bila baca balik...
alasan mengarut dowh
kesalahan : menari dalam kelas, cubit orang, menakutkan kawan dgn lipas?
i mean gile mengarut
ini menunjukkan bahawa
yang aq memang gile kuasa :D
maaf rakan2~


(di-buli)

masa tgk balik pics darjah satu
masa hari anugerah cemerlang,
aq kena jadi model
cewahhhh
dgn lipstik merah menyala
ya Allah~
masa hari sukan...
kawad tgh panas,
sukaneka masukkan air guna span dlm botol
dah nak nangis masa tu
rinduuuuuu sangat weyh....
aq bersyukur sangat2
masuk skolah pudu
rapat dengan semua bangsa
and sekarang
mmbr2 aq tak racist
yang cina n india
bleh je get along dgn melayu
antara nak kawan atau tak je
kita rakyat malaysia
budak2 pun tahu sayang kawan
tak kire warna kulit
malu lah cikit...



lepas makan kitorg sambung borak lagi
banyak benda yang di-update
masa nih tau gossip2 terbaru!
jeng jeng jeng
flashback cherita2 dulu
time aq gaduh dgn sorg budak nih
dia bengang
sbb ramai org suka kat aq
c'gu pun papehal cari aq dulu
ntah lah
lepas habis skolah
kat koridor kitorg gadoh mulut je...
time tu ada mmbr yang nampak
lastly minah tu kena pulau
dek kengkawan...
sbb suruh mmbr lain jgn kawan dgn aq
sapa suruh?
h a h a
best-lah gak
sbb ramai support n percaya kat aq :p







walaupun skolah aq tak dikenali
kecik, takde lelaki, dan bekas hospital time perang jepun dulu
aq tetap syg skolah tu
banyak benda aq belajar
bukan sekadar study untok pass UPSR je
aq belajar
apa tu persahabatan,
camne nak jadi team player,
jadi ketua yang baik....
camne nak hormat bangsa lain
get along n terima diorg seada-nya,
terima kasih c'gu!
terima kasih kawan kawan!
aq tak mampu lupa-kan korg
semangat warga pudu
aq bawa sampai mati
sayang semua!~

Comments