kalau begitu di mana takdir Tuhan?


semua orang sedia maklum
kita tak-kan "selalu" dapat apa yg kita nak
tak kire kita ini miskin atau kaya
islam atau kafir
perempuan mahupun lelaki
semua sama je
in fact rezeki kita dah ditetap-kan
tapi...
tu tak bermaksud
kita patut berserah pada takdir semata2
alah
mcm dlm cite melayu
ayat lazim
"dah nasib aq mcm ni"
atau
"ini semua takdir tuhan! terima shj-lah"
ececececeh
tragis sungguh bunyi-nya

..................................
"Maaf, setiap orang berbeza dalam memandang hidup ini dan berbeza caranya dalam menempuh hidup ini. Peta masa depan itu saya buat terus-terang saja berangkat dari semangat spiritual ayat suci Al-Quran yang saya yakini. Dalam Ar-Ra'ad ayat sebelas Allah berfirman :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali
kaum itu sendiri yg mengubah nasibnya.

Jadi nasib saya, masa depan saya, mahu jadi apa saya, sayalah yang menentukan. Berjaya dan gagalnya saya, sayalah yang menciptakan. Saya sendirilah yang merancang apa yang akan saya raih dalam hidup ini."

Belum selesai aku bicara, Maria mencelah: "Kalau begitu di mana takdir Tuhan?"

"Takdir Tuhan ada di hujung usaha manusia. Tuhan Maha Adil, Dia akan memberikan sesuatu kepada umat-Nya sesuai dengan kadar usaha dan ikhtiarnya. Dan agar saya tidak tersesat atau melangkah tidak tentu arah dalam berikhtiar dan berusaha, maka saya membuat peta masa depan saya. Saya suka dengan kata-kata bertenaga Thomas Carlyle: ' Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melalui jalan yang sulit. Seseorang yang tanpa tujuan tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang lurus! ' Peta hidup ini saya buat untuk mempertegas arah jalan hidupkusepuluh tahun ke depan. Ini sebagai usaha dan ikhtiar dan setelah itu semuanya saya serahkan sepenuhnya kepada Tuhan."

petikan dari novel ayat ayat cinta, karya Habiburrahman El-Shirazy

...................................

ok2 aq bukan nak promote novel ini
cuma hati aq tersentuh sangat
bila baca part ni
aq? emo?
mungkin....
jeng jeng jeng
aq pun pernah rasa kecewa
tipu-lah kalau tak pernah kecewa kan??
bila kita letak harapan
harapan untuk berjaya
harapan nak masuk uni pilihan
harapan nak result gempak
harapan untuk pulih

....................................


ya~
masa tu kita rasa kita dah bagi 120%
bersengkang mata
tido tak lena
mandi tak basah
makan tak kenyang
tapi akhir-nya
result yg keluar tak seperti yg di harap-kan
masa tu-lah kita persoal-kan
"kenapa-lah nasib aq malang sangat nih?"
"kenapa-lah aq ni bodo sangat?!!"
masa tu kita rasa sedih + kecewa...
menangis tak payah cherita-lah
air mata berbaldi2
dgn harapan sakit itu akan pergi
sebalik-nya
rasa keyakinan diri tu yang menjauh....

.........................................

kita dah jatuh
dan tak mampu nak bangun balik
malu!
tak nak jumpa sesiapa pun
member mahupun famili?
ahh diorang apa tahu??
aq yang gagal!
yang diorg boleh cakap
"sabar...sabar...sabar!"
apa ingat lagu angguk2 geleng2 ke?!!
masa tu timbul perasaan tak puas hati
takde benda yg kita mampu lakukan
kecuali meratap meraung
la tahzan (jangan bersedih)

as time goes by,
aq sedar masa memang mampu mengubati
kita akan lupa dan cari jalan keluar
ada dua cara kita handle situasi yang tak di-ingini
1. menangis 3 hari 3 malam mengenang nasib
or
2. terima hakikat, hapus-kan air matamu and move on people!

lain kali jangan salah-kan takdir je...
gagal dalam hidup itu perlu
motivasi-kan diri dan org di sekeliling anda
saban hari
supaya tidak hilang keyakinan
jika keyakinan tiada
hidup tak bermakna lagi....

Comments

  1. ya.dat happens to me too.da belajar2 bagai nak rak the end is nothing.sumtimes ok sumtimes not.

    ReplyDelete
  2. most of the time
    tak ok kot...
    h a h a
    tapi bila fikir2 balik
    banyak gak benda baik yg jadi
    ~weeeeeeee~
    happy2 joy2!~

    ReplyDelete
  3. hidup ini mcm roda
    kejap kite kat ats,
    kejap lagi kite kt bwh
    kan?

    erm,sume bad things yg happens kt manusia ade hikmah di sebalik nya..
    mgkn hkmah tu kite dpt lihat skarang(masa d dunia) atau tak dpt lihat lnsg pn..

    tapi kalau x dpt,bkn brmkne kite x d sygi Dia..mgkn Dia mahu kite pny kesabaran di uji sedikit :)

    so,SMILE :))

    heh..phm x cik chef? :D

    ReplyDelete
  4. betul cakap nadia tu..it may dawn to you why things happen THAT way..well..take me for example..i am finally enlighten why it happens..so dear, take care! live life to the fullest :)

    ReplyDelete
  5. thanks guys :)
    bila kita dah biasa dapat
    apa yg kita nak
    sampai satu masa kita tak dapat
    rasa kecewa x dpt di bendung
    huhu
    tapi sekarang kekecewaan
    dah diganti dengan ketabahan
    cewaahhhh
    yup2 hidup ini tak lama
    kenapa nak bermuram durja?
    wakakaka~
    apa-lah aq merepek memlm ni
    to kam, nadia n faridah
    terima kasih
    saya rasa bertuah
    dapat sahabat seperti kalian
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Post a Comment