markona majid


sekarang aku tahu kenapa Allah temu kan aku dengan Mareena Murtaza 
atau nama dalam contact list telefon : markona majid
mareen ni muda setahun dua daripada aq
kami 1st jumpa kat kolej kapas masa aq semester 3 diploma kat UiTM Dungun
masa tu tengah hari buta aq check in kp021
kat kolej tu kami berdua je yang baru masuk
sem baru lah katakan
nak cop katil bawah dua dua datang awal tak ingat dunia
haha

mareen ni orangnya sempoi je
ala ala tomboy
pendiam; tak peduli apa orang cakap pasal dia
matang dan suka tidur *yang ni ada persamaan
senang cerita hidup aku bahagia sejak sebilik dengan dia

masuk tahun ni dah lima tahun aq tak jumpa dia
earlier this year before raman fly
kami keluar bertiga
masa tu pun tak sempat ambil gambar *heh

hari ni lepas majlis farrah dina
mareen ajak lepak
so aq kata okay je la
jumpa kat amcorp mall dalam jam 3.30ptg
mareen ajak makan shopping (aktiviti yang dia paling benci buat) 

dah penat dia ajak minum
maka mula lah sesi luahan hati
dia cerita part dia satu satu
aq dengar 
vice versa

aku terkesan dengan apa yang dia cakap

"kita ni manusia, manusia ada kelemahan
kita tak boleh ubah dia
kita ubah diri sendiri"

"tapi yang salah tetap salah; cuma kita kena terima; family tetap family; tiap tiap orang ada perangai masing masing."

"dulu aku selalu gaduh dengan kakak aku yang sulung; lepas tu aku fikir cuba aku tukar habit aku and tengok perubahan; lepas tu tiap tiap kali aku gaduh dengan dia aku peluk dia; sampai sekarang aku baik dengan dia"

"aku tak suka judge orang; sebab aku tak suka kena judge"

"tak ada mak ayah aku, tak ada aku"

Allahuakbar
Allah dah jawab soalan aku melalui kau
Bagi aku masa untuk fikir step seterusnya
Doa dah termakbul

Comments