Tuntutan Kecil Tahun 2020 (Part 2) Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur

 Tuntutan kecil Tahun 2020 (Part 2)


DEFENDAN : MOHD AZZUAN
NO 96, LORONG TOK AMAT, KAMPUNG WANG ULU, BINTONG, 01000, KANGAR PERLIS.

1. 1st July post out AR registered mail menggunakan Pos Malaysia Berhad . Sampai kesudah tak sampai pada defendan.
2. 2nd attempt post out AR registered mail pada 20th July, diterima oleh defendan pada 23rd July 2020. Pos malaysia buat hal lagi sekali simpan kad kuning iaitu bahan bukti mahkamah. Bila ditelefon, pegawai di pos malaysia cawangan serahan jalan cheras A boleh menyanyi sambil cari kad tu. * Bukti rakaman suara ada*
3. Setelah saman diterima, defendan telah membuat transaksi pembayaran hutang RM200 secara senyap ke akaun Maybank saya pada 24th July.
4. Pada 4th August, sehari sebelum sebutan pertama kes, bayaran hutang ansuran kali kedua dibuat RM100.
5. 5th August, tiba di mahkamah kuala Lumpur pada jam 7.55am. Menunggu di dalam Mahkamah Majistret Sivil 7 pada jam 8.30am. Tepat jam 9.10am kes saya dibicarakan. Kurang lebih 5 minit berdiri di hadapan hakim, borang 202 penghakiman tanpa kehadiran defendan diberikan kepada saya dengan keputusan defendan perlu membayar jumlah wang seperti tertulis.
6. Turun ke aras 1, Biro e filing dan failkan borang 202 * bayaran RM20. Ekstrak dokumen dan cetak kemudian pos secara AR Registered mail kepada defendan.* Setem dah naik harga kepada 90sen.
7. Saya perlu tunggu 30 hari masa defendan menyelesaikan baki hutang, jika gagal, failkan borang 208 * borang tunjuk sebab. Jika defendan gagal juga, failkan borang 172 * waran tangkap.
Niat tak menghalalkan hutang ya.
Beringat sebelum saman sampai.
Terima kasih daun keladi
Daripada;
Anak dara kl yang rajin













Comments