cherita 1 bulan yang lalu~

malam semalam ku tidak melelapkan mata. h a h a h a mungkin kerana terlalu teruja, ingin bertemu family nukleus yang lama tidak berjumpa. sempat ke downtown bersama mereka. banyak cherita yang ku dengar, tidak kurang yang disampaikan. mereka buat ku rasa gumbira hanya dengan melihat ekspresi wajah. gumbira jua penyeksaan bakal tiba di penghujungnya. semua bakal berakhir, segala penat lelah selama sebulan akhirnya berbayar. InsyaAllah~ menjaga buffet station tugas kami. tiada sahabat ku yang hadir tetapi tak mengapa. berjumpa cikgu lama, Pn Arpah yang disayangi cikgu sains sekolah rendah. masih seperti dulu, beliau berkata mungkin ku yang bakal kahwin dahulu entah benar atau tidak. cikgu tak pernah berubah! satu satu wajah rakan taulan bermain di fikiran. berbual panjang, bertukar nombor banyak yang sudah terjadi. ustazah ku menghidap kanser payu dara dan sudah kritikal. ku sedih beliau begitu baik. takut kehilangan ustazah. kami sangat rapat. ku syg dia~ tetapi Allah tahu apa yang lebih baik. biar-lah DIA yang menentukan. majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. bagaikan pesta bunga di dalam dewan. sekali dua mencapub di pelamin bersama sepupu kesayangan. kegedikan pihak lelaki terserlah dikala penghujung majlis tiba. hanya Allah yang tahu! dalam keriuhan majlis, berjumpa jua dgn sahabat. family yang ku kenal!mereka sangka adikku ada-lah ku. terus menegur. salah orang! h a h a h a muka photostat kata auntie. mereka keluarga baik. auntie peramah orangnya. kawan2nya jua begitu. lupa sebentar tugas, leka berbual. tetamu kian kurang. akhirnya tinggal sanak saudara terdekat sahaja. pesta memetik bunga segar mula berlangsung! meriah! saudara zulmajd aizuddin azmi pemula pesta. gumbira melihat mereka tersenyum dan ketawa. berebut cupcakes + bunga telur dan pahar! biar-lah hanya sementara. ku tetap gumbira. kereta meninggalkan PjH. mula bertolak pulang ke rumah. ada yang tiba dahulu. rumah penuh! ku jadi pening! mengantuk! berbaring sebentar....terus tertidur lena dibuai mimpi~~ mereka sudah pulang. terima kasih kerana buat ku tersenyum. kalian tetap dekat di hati

Comments