HM115 Diploma in Culinary Arts / Diploma Seni Kulinari

Assalamualaikum
Hai!~
sebenarnya dah lama simpan hasrat nak tulis pasal course ni
maafkan saya...lepas habis degree baru tulis :P
bertahun simpan idea dalam benak fikiran je

sedikit background tentang penulis
saya dari sekolah menengah harian di kuala lumpur
dari kelas sub science / account di sekolah menengah
tiada latar belakang memasak 
lepas spm join program HIAS
Hotel Industry Apprenticeship Scheme *berbelit lidah kau sebut
di Taylor's College School of Tourism
masa  ni base still kat bangunan kurnia Petaling Jaya
6 months program; 3 months off the job training kat Taylor's
3 months lagi di sponsoring hotel
Mine was Sunway Resort Hotel and Spa 

lepas tu join baking classes kat Sugarcraft Baking Academy di Sri Petaling
dapat Baking Certificate after 3 months training
paling best buat cert tu dalam bulan puasa
hamek kau
tiap2 hari berbuka dalam kereta sebab MRR2 congested
Tahniah!~

26 December tahun 2008
akhirnya dapat masuk uitm dungun
diploma seni kulinari ni ada kat dua tempat je
either Dungun Terengganu or Permatang Pauh Pulau Pinang


okay adik akak mari mula;

berikut adalah list of subjects untuk keseluruhan kursus diploma ni
code dia HM115 
HMstands for Hotel Management 
makan masa 3 tahun untuk habiskan
paling banyak satu sem 9 subjects korang kena amik
paling sikit 7 subjects
korang mesti fikir banyak gila nak kena amik...
well surprise surprise











adik kakak;
dalam list atas ni korang akan nampak ada beberapa columns
ada yang berwarna putih dan kelabu
contohnya :
ada code subject : BEL120
nama subject : consolidating language skills
credit hour : 2.0
part : 1
elective

basic information korang kena tahu...ada core and elective subjects korang kena ambil tiap tiap sem;
mcm BEL120 ni elective maksudnya ini course umum yang faculty lain pun kena amik (engineering ke, art and design ke, business management ke)
nampak credit hour tu 2.0;  maksud nya contact hour / waktu kelas kita tiap tiap minggu untuk subject ni 2 jam je...  credit hour ni jugak akan menentukan gpa dan cgpa korang berapa..
part / sem berapa korang kena amik? sem 1 as stated dalam list ni...

as for the codes of subjects: -

BEL = Bahasa English Language
BFR = Bahasa FRench
CTU = Centre of Islamic Thought
HBU = H * x ingat apa dah Badan Uniform
HTC = Hotel Tourism Culinary
HTF = Hotel Tourism Foodservice
HTM = Hotel Tourism Management
MGT = Management
MKT = Marketing
HTH = Hotel Tourism Hospitality
ECO = Economy
ETR = Entrepreneur 

ni list subjects yang akan korang ambil mengikut sem
except for badan beruniform korang boleh pilih selain kesatria
bagi aq kesat ni paling senang dapat A
so buat apa nak tukar :)

And pada semester 4 dan 6 korang akan pergi practical dalam industry
preferred venues adalah hotel 5 bintang pilihan sendiri
to be safe better call human resource hotel untuk tahu dia provide allowances, tempat tinggal and boleh pakai tudung ke x bagi trainee perempuan.
nnt xde la nangis air mata darah kena bukak tudung.

lepas habis training korang kena submit log book *buku laporan harian bersama final report
and akan ambil practical exam untuk tentukan grade korang semester tersebut.




seterusnya......

soalan lazim;

1. kak, susah tak DCA ni?
dia akan jadi susah bila kita malas. malas dari segi nak prepare awal, malas nak bertanya, malas nak datang kelas. course mana pun kau amik kalau pemalas...hentikan la. opppss *teremosi pulak!~
course ni sesuai untuk orang yang nak belajar dan berusaha walaupun xde basic memasak. banyak dry subjects/ subject membaca...nak tackle subject macam ni kena faham keseluruhan chapter/ topic daripada hafal tak faham maksud.

2. kak, course DCA ni pasal apa ye?
most of the subjects sebenarnya subject management...outcome course ni untuk prepare students dengan basic pengurusan + skill memasak = usahawan berjaya.
kita akan belajar macamana nak uruskan business dari A sampai Z, accounting, cost control, law, economy, marketing, dan sebagainya. Ada jugak subjects elective mcm CTU/ agama, bahasa perancis, and bahasa Inggeris kita akan belajar. jangan terkejut subject sampingan pulak yang lagi susah daripada subjek teras...acane?

3. Belajar dalam bahasa melayu ke English?
buku teks, notes, soalan final exam semua dalam English. Fully English. Tapi lecturer pun faham, kita semua bukan lah dilahirkan di United States atau United Kingdom.. maka diorg dengan gigih nya akan explain dalam both bahasa melayu and english. tak de la kejam sangat..asalkan maklumat yang cuba disampaikan tu tercapai..

4. Berapa ye yuran pengajian?
masa 1st sem yuran RM 558 sahaja 
sem seterusnya sampai habis tiap tiap sem dalam 
RM440 *tahun 2008 - 2011
both figures ni yuran perempuan kalau lelaki RM 573 / RM455 *tahun 2008 - 2011
as for now 2015 yuran rasa nya dah naik...tapi xde la ribu raban in shaa Allah..boleh cek kat website uitm untuk keterangan lanjut.

5. Barang kitchen banyak tak nak kena beli? Berapa ye agak agak nak guna?
untuk sem 1 : basic chef jacket (RM 50-60), kitchen pants (RM 40-50), safety boots (RM50-70, pisau *chef knife (RM 60+ ) and paring RM (20+) ,apron, maroon scarf, measuring cup, measuring jug, wooden spoon, spatula, kitchen towel text books (RM 100+ - per book). just prepare RM 500 - RM 600...klu korang nak bajet boleh beli barang barang ni kat luar. Boleh cari option yang lagi murah.



kepada bakal mahasiswa mahasiswi UiTM Diploma in Culinary Arts 
both Penang and Dungun
selamat maju jaya
dan selamat melalui zaman universiti!~



Comments