26

wow!~
nampak tak apa jadi bila kita tangguh kerja?
post bulan 1 jadi bulan 2?
haaa tu baru satu bulan kalau satu tahun?
jeng jeng jeng

26 dah tahun ni 
tapi tak apa
muka still sweet 16 katanya *puihhh*
To do list tahun ni;
1. Is to sambung master in food culture *in shaa Allah
2. pastikan masih waras semasa dan selepas proses pembelajaran berlaku

setakat ni dah merasa kerja;
part dapat gaji mmg masyuk
kerja pun best cuma nak hadap perangai manusia tu seksa sikit
papehal pun Alhamdulillah
diberi peluang hidup sampai sekarang
Alhamdulillah~ *tetiba..nak cover lettew

so update terbaru saya dah dapat anak buah lagi sorg
perempuan
well behave aisyah humayrah
wuwuwu
geram dengan budak ni
hobi dia sama macam aq 
"tidur!" 
yayyyyyy~
the best part jaga baby and org dalam pantang ni
are kita dapat belajar and prektis benda baru
mcmana nak detact baby tu kuning or lapar or berkumuh
mcmana nak pegi check up dengan klinik kesihatan
check kuning/ blood pressure
nak makan ubat apa baik moden or tradisional
dapat tgk org urut lepas bersalin
perghhh memang besar la pengorbanan lps nikah ni
jangan main main
aq pulak teremosi terlebih nak nangis tgk
haaaaa hargai pasangan anda *tetiba lagi

sebenarnya banyak benda dalam kepala ni
seperti biasa benda tu tak terluah...gittew

hari ni; aq terjumpa la blog siswi uitm ni
nama famous dia shasha yatim
nama betul dia panjang lagi
It's a good thing  dia share ilmu dia pasal course yang dia study kat uni
ramai la junior yang dia dapat bantu dengan menjawab soalan cepucemas tentang course IM
Information Management ittew
dia ni kelakar; dari cara penulisan dia 
aq dapat tau yang dia ni gila gila
hahaha
memang tergelak habis baca blog dia yang penuh kejujuran tu
kalau dia lelaki dah lama aq ngorat *eh?
abaikan...bahaha
ada certain posts yang korg akan baca
nampak macam dia berlagak at some point
but lantak dia la kan
nama pun blog shasha yatim bukan blog aq

ada part dia cite pasal rival dia kat dalam batch
cita2 untuk dapat kan dean's list every sem seterusnya Anugerah Naib Canselor di penghujung perjalanan diploma dan degree
die cerita mcm mcm
dia share mcm mcm
it's a good thing to do

to adik shasha yatim
teruskan perjuangan belum selesai mu itu
perjalanan masih jauh *padahal dia lambat 1 sem je dr iols
kih kih kih

ada a few points I would like to stress out
in anything that we want to do...especially dalam study

1. nawaitu. 
* niat yang wajib berubah2 tu kena sentiasa dibetulkan tempat duduk nya. kasi pateri diam diam dalam hati. almaklum la nafsu serakah ditambah lagha duniawi memang dahsyat skrg ni *ecececeh

2. kebergantungan dan keyakinan.
 letak pada tempat yang betul. tak ada manusia yang lahir tiba2 pandai...tiba2 bodoh...what the fish? itu dungu namanya...yakin la pada tuhan. pada diri sendiri. pada usaha yang kita buat tiap tiap hari. *bajet pakar motivasi la tu bahaha

3. focus & buat yang terbaik. 
papehal kita buat kita bagi 110% of effort...tanam dalam diri "aq nak buat benda ni skali je...tak nak ulang ulang...penat oiii" In shaa Allah output kita akan setimpal dengan input yang diberi...dengan syarat kita tahan nafsu la...yang nak tgk tv...nak berjimba..nak makan...dan layan nafsu tu lepas semua keje selesai...tak gitu?

banyak lagi points...aq ni pemalas pulak malam malam ni...nnt share lagi
papehal 1st thing 1st kena settlekan master dulu
niat dah pasang lama
tak tertunai lagi je
harap diberi kekuatan nak habiskan semua ni
doakan ye semua
makasih yaaaaa

wingardium laviosa!~

yang ni favourite snacks kat turki...cherry juice! kan dah kempunan


Comments