Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un

"dari Allah kita datang, dan kepadanya kita kembali". pertama kali ku dengar, suatu pagi jumaat yang hening tahun 2001. "Bangun! kita bertolak balik kg sekarang. Arwah atuk dah meninggal...." huh? apa ini? Jangan main main!. pelajar darjah 6 ini tidak pasti apa yang harus di katakan. Agak lama terdiam....satu filem sedang berputar kembali. ya! filem tanpa suara. teringat wajah arwah atuk ku. sebak. kami tiada di sisi sewaktu beliau "pergi". itu cherita 7 tahun lalu. sekarang! mati....kalian pernah kematian sahabat? teman seperjuanga barangkali? ku tidak pernah melalui nya. yang pasti saat itu sukar dilalui oleh sesiapa pun. hanya mendengar khabar itu, walaupun bukan teman ku, sedih itu terasa. ada jua ku terbayang, jika ada yang "pergi" dahulu, memakan masa untok ku telan hakikat itu. atau mungkin ku yang bakal di "jemput" awal oleh-Nya~ insaf! dosa ku terlalu banyak. umpama pasir di tepian pantai. jika benar ku bakal pergi, pinta ku hanya satu, biar-lah ada teman disisi saat itu. agar ku dapat "hidup" dalam hati mereka. itu lebih penting. ada yang sudi mengingati ku. walawpun jasad di tanam. ingatan pada ku, doa yang tidak putus putus, kenangan bersama kekal dalam hati. ku sayang kalian, teman, sahabat, keluarga....untok mati kita perlu hidup~~ itu janji TUHAN, tiada yang mampu melawan. beri sedikit ruang untok ku hidup dalam hati kalian.

"Al-Fatihah".....

Comments