throwback

1. jaga solat *jangan tinggal
2. kawal punca rezeki & cara membelanjakan rezeki
3. bersedekah *paksa lama-lama biasa

tips ustaz bagi pada slot ke-4 *kursus pra perkahwinan

banyak yang kita tinggal
kita lalai
kita abai
antara punca hidup kita tak tenang dan berkat

dan sejauh mana kebergantungan kita dengan Allah
part tu jujur aq tak lepas lagi
Allah dah buka mata aq dengan beberapa cara
aq jumpa and stay kat shah alam
dengan tuan rumah yang sangat humble
tak pernah merungut
tak pernah bangga diri
zuhud habis
so far,one and a half year duduk dengan dia
aq belajar banyak benda
betapa dia bergantung pada Allah semata mata
and Allah bagi rezeki kat dia
dengan cara yang aq rasa tak logik jugak kadang2
Allah gerakkan hati manusia disekeliling tuan rumah aq ni
untuk bagi apa yang dia hajat
Insya Allah 
aq cuba jadi macam tuan rumah

********
slot ke-4 tadi 
ustaz tu lawak gila la
dah la kecek klate
memang gelak je sampai habis program
tapi dalam gelak2 banyak input
ustaz sentuh pasal komunikasi suami isteri
mcmana nak handle keadaan kita time letih *sebab busy kerja
penting nya ilmu agama isteri lebih daripada suami
penting nya kita tunjukkan sayang pada pasangan
benda yang kita anggap remeh antara punca utama cerai kat Malaysia
kalau nak cari isteri cari yang boleh bantu selesaikan masalah
bukan tambah masalah 
buat program/aktiviti/ games every weekends *jangan menghadap facebook memanjang
memang padu lah nasihat ustaz tadi
terima kasih ustaz :)

bagi aq hadir kursus ni
macam hadir ilmu agama yang lain
adalah rasa mengantuk, malas, nak tidur bagai
pagi tadi before pergi
tapi once dah sampai sana
penceramah memang sporting
dan yang paling best
tempat kursus ni bekas tempat tuisyen aq 10 tahun lepas
masa arwah ustaz masih ada
teringat ingat arwah ustaz
ajar ayat seribu dinar
baca yasin ramai2 dalam kelas before start belajar subject maths form 3
solat hajat dalam kelas
gerak gempur pmr 2004 kelas tambahan sampai malam
ya allah
rindu betul pada ustaz :'/
Al- Fatihah

********

malam ni terdetik nak flip through file laporan prestasi pelajar
dari form 1 sampai form 5
results turun naik *normal
daripada feedback cikgu for every subjects
aq boleh ingat perangai tiap2 cikgu kat sekolah tu
yang mana supportive and percaya potensi sebenar diri ini *cewah
yang condemn 
ye
sekolah yang aq tak rela nak masuk
masuk pun sebab kakak kakak aq sekolah situ
nama je sekolah showcase negara
sadly segelintir je tenaga pengajar yang betul niat nya
nak mendidik anak bangsa
pelajar?
terbahagi disebabkan sistem kasta
dari brahmin *anak orang kaya/ menteri/ dato
sampai paria *macam aq ni
sejak masuk sekolah menengah
jasad aq je ada kat sekolah
aq bukan student cemerlang *tak pandai kot haha
aq jarang bersosial
trying hard untuk stay kat belakang
jadi background
semangat aq datang hari hari pun sebab kawan aq yang berdua
aiza amierah abdull ropha
ros zayanah johari ahmad zukni
*amik ingat nama penuh*

masa sekolah ni lah ujian Allah datang 
maha hebat
dengan sakitnya
dengan exam banyak
dengan school hours yang lamaaaa gila
dengan seksa nak bangun pagi
Allah je yang tahu apa aq rasa
pressure daripada environment
pressure daripada mak sendiri
Ayah la yang faham
yang turun naik pejabat sekolah
explain kat cikgu
hantar surat tak hadir sekolah
just sebab doctor tak bagi MC
sepanjang lima tahun
banyak kali fikir nak berhenti sekolah
tak tahan
tak tahu nak explain kat orang lain
malu
penat
give up

masa form 5
a few months before spm
aq tak hadir dua bulan 
aq terlepas peperiksaan percubaan spm
aq dapat no last sekali sebab pungut paling banyak gred G9
aq flip thorugh comments/feedbacks cikgu cikgu
ada yang tulis TH *tak hadir
ada yang tulis gred G9
aq terkilan
sebab ada dua orang je cikgu yang comments bagi kata kata semangat
cikgu add math *puan zamzila salleh
& cikgu kimia *puan lee saw im
haha
yang lain tak kenal pun aq siapa kot?

masa paper 1st spm 2006
paper objective pendidikan seni visual
puan jugdeep kaur *cikgu EST 
sampai cakap kat kakak aq and aq
yang aq xkn dapat A utk subject dia
ini ke sikap tenaga pengajar pendidik bangsa yang patut ada kat sekolah showcase negara?
tu tak kira yang kaki bodek, tak mengajar, jual kain bagai dalam kelas?


setelah 8 tahun aq tinggal kan sekolah
aq bersyukur
sebab aq tak jadi macam diorg
EST dapat A2
sejarah pun dapat A2
dua dua subjects x pernah dapat A
matilah tak happy

aq happy sebab aq tak perlu nak puas kan hati orang lain
tak perlu nak ikut cakap orang lain lagi
kena dapat straight A 
kena jadi engineer/ doctor/ lawyer
kalau tak jadi kau takde masa depan
kalau tak jadi kau loser

sebenar nya 
kau kena tanya hati kau
apa yang kau nak?
ikut firasat sendiri
take action
Allah kan ada

Comments