day two

hari ni habiskan separuh hari
untuk dapatkan sijil sah pra perkahwinan daripada JAWI
sijil ni tak dapat on the spot
kena tunggu sampai hari khamis 
and...
conclusion nya kursus ni best gilaaaaaaa
facilitators JAWI sporting, kelakar
gelak sakan sepanjang program
ada 6 slot untuk program satu setengah hari ni

tadi second day
tinggal 2 slot je
first en sani sentuh pasal pengurusan konflik dan stress & kesihatan
bahasa en sani ni lembut tapi makan dalam la
dia practical 
tu yang bagus
satu soalan dia tanya :
"kalau bersanding jam 2 ptg,, pengantin perempuan start make-up jam berapa?"
semua pakat jawab 11.30pagi
soalan seterusnya
 :
"rasa nya sempat solat zohor tak?"
krik krik....krik krik
kenapa tak bersanding jam 9 pagi?
sediakan 3 penebar roti canai
kan save budget?
*okay part ni aq gelak sakan; sebab yg kenal aq 
diorg tahu aq mmg nak bagi tetamu makan roti canai;
bahahaha
nothing is impossible :D

*****

slot ke 6
ustazah nurul huda
first impression
ustazah ni garang!
masuk masuk tak senyum pun
tapi once dah buka mulut
siap mimik muka, intonasi suara, gerak badan 
macam kat set lakonan tu
pentas teater
best!
ustazah ni counsellor kat JAWI
dia point out both gender punya weaknesses
and mcmana nak overcome benda ni

perempuan nak lelaki faham
lelaki nak perempuan jalankan tanggungjawab

once again
solat tu kunci rezeki kita
jaga solat
in shaa Allah; Allah akan pelihara kita
pelihara daripada beli benda yang bukan bukan
beri rahmat and barakah kepada kita

soalan ustazah :
"berapa ramai yang dah sedia nak kawin?"
"berapa ramai yang SANGGUP nak kawin?"
"kalau sanggup sampai bila?"

ustazah kata sayang ibu bapa/ kawan/ adik beradik
takkan sama mcm Allah sayang kita
dalam Al Quran
Allah ajar cara kita makan, even nak beristinjak pun
Allah pesan nak pilih calon isteri; cari yang beragama (beramal soleh dan beriman)
nak pilih calon suami; cari yang beragama DAN berakhlak  
and even dah bertemu dua katergori manusia ni
Allah akan beri  hidup yang baik
hanya bila mereka buat yang baik
vice versa

bagi kita yang tak berapa nak baik ni *macam aq
still ada masa untuk berubah
kearah yang lebih baik

kunci nya senang
jaga solat;
dan sentiasa minta pada Allah *bergantung pada dia sahaja


*yang ni sebab mengidam
bahaha
lapaq bak hang!

Comments