kitab terfaktab sarkastik cinta

favourite quotes
50 dalil kenapa anda perlu clash oleh Brader Leplep: 

2. Perasaan kekasih anda tidak pasti. Untuk menjamin hubungan yang pasti, kita memerlukan perasaan yang pasti dari dua belah pihak. Kalau perasaan sendiri pun dia tak pasti, suruh dia pergi mati.

4. Dalam hubungan kena saling memberi dan menerima tapi kalau asyik anda je yang memberi pun tak boleh jugak. Apa kekasih anda ingat anda ni Santa Claus ke apa?

9. seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang amboi amboi ela amboi amboi ela. Okay, ni lirik  lagu tapi kalau kekasih anda seminggu sekali baru contact, itupun satu sms je boleh dah kot pertimbangkan cari kekasih lain. Kalau dia kerja kat stesen angkasa lepas, itu lain cerita.

27. Hari-hari emosi. Dia emosi hari-hari.

49. Dia tak cintakan anda dah. Jangan tipu diri sendiri, kita boleh tahu bila seseorang dah takde rasa lagi kat kita. Jangan buat degil nak fight apa bagai lagi.

Deklarasi oleh Lord Zara:

Jadi dalam erti kata lain, kalau kau ada menyukai seseorang, luahkan pada dia. Luahkan walaupun kau tahu apa sahaja risikonya. Dalam erti kata lain, kalau kau tidak berusaha, bagaimana mahu tahu kesudahan sebuah cerita?


Kau, Keluarga dan Kawan oleh Maria Natasha

Sesetengah orang tak berapa rapat dengan family dia. Macam aku. Jadi alternatif bagi mengelakkan kekurangan kasih sayang lantas mengakibatkan kemurungan, aq menumpang kasih sayang dengan kawan kawan rapat yang dicintai.

Bukan nak kata bawak jumpalah, nak cakap aku ada boyfriend kat family pun aku malu nak arwah.....Tapi orang jugak cakap kalau bercinta, tak perlulah nak ubah pasangan kau jadi orang lain. Tahik betul. Tah mana satu aku nak dengar. 


Mencari cinta sempurna oleh Alexia Aqram:

Aku tak jadi mengamuk. Aku hanya keluar dari rumah setan itu dan menangis. Menangis di tepi tangga sampai rokok yang ketiga belas, aku beredar dan mengesat air mata. Dalam kereta aku menangis. Tepuk tepuk stereng. Tambah pula radio Sinar memutarkan lagu Janji Manismu oleh Aisyah. Hujan lebat dan kebasahan. Babi, aku lelaki. Kenapa aku menangis. Kenapa aku layu sangat ni? Kenapa mesti aku berhadapan dengan perkara ini?

*******************




Comments